AKTA KASTAM 1967
PERINTAH DUTI KASTAM (PERJANJIAN PENUBUHAN KAWASAN PERDAGANGAN BEBAS ANTARA ASEAN – AUSTRALIA – NEW ZEALAND) 2010
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 11(1) Akta Kastam 1967 [Akta 235], Menteri membuat perintah yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Duti Kastam (Perjanjian Penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas Antara Asean – Australia – New Zealand) 2010.
(2) Perintah ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2010.
Tafsiran
2. Dalam Perintah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain –
“AANZFTA” ertinya Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN – Australia – New Zealand;
“ASEAN” ertinya Brunei Darussalam, Negara Cambodia, Republik Indonesia, Republik Rakyat Demokratik Lao, Malaysia, Kesatuan Myanmar, Republik Filipina, Republik Singapura, Negara Thailand atau Republik Sosialis Viet Nam, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan “negeri-negeri ASEAN” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;
“Australia” ertinya Negara Australia;
“New Zealand” ertinya Negara New Zealand;
“Perjanjian”, ertinya Perjanjian Penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas Antara ASEAN – Australia – New Zealand;
“Produk” sebagaimana yang disebut dalam Perjanjian Penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas Antara ASEAN – Australia – New Zealand, ertinya “barang-barang” sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;
“TRQ” ertinya Kadar Tarif Kuota.
Duti Import
3. (1) Tertakluk kepada peruntukan Jadual Pertama dan Jadual Ketiga, duti import hendaklah dilevi ke atas, dan dibayar oleh pengimport, berkenaan dengan barang-barang yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, yang berasal dari ASEAN, Australia atau New Zealand, mengikut kadar duti import yang dinyatakan dalam ruang (4) Jadual Kedua, yang diimport ke Malaysia.
(2) Dalam hal barang-barang yang tertakluk kepada kadar tarif kuota sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (4) Jadual Kedua, duti import hendaklah dilevi mengikut kadar yang dinyatakan dalam Appendix “C”.
Tafsiran kadar yang ditunjukkan dalam Jadual Kedua
4. Melainkan jika dinyatakan selainnya, kadar yang dilevi di bawah subperenggan 3(1) hendaklah mengikut kiraan peratusan nilai barang-barang.
Rukun tafsiran Jadual
5. Tafsiran Jadual kepada Perintah ini hendaklah ditadbir oleh Rukun Tafsiran Jadual dalam Perintah Duti Kastam 2007.
- Malaysia's Goods 2nd Schedule, klik disini
- Appendix B, klik disini
- Appendix C, klik disini
- Exclusion List, klik disini
- Exporter Declaration Form, klik disini
- Singkatan perkataan
