Perlaksanaan Electronic Submission Di JKDM
Mulai 2008, JKDM telah melaksanakan Electronic submission K1, K2 dan K9 secara berperingkat-peringkat di semua stesen kastam termasuk gudang-gudang. Persekitaran electronic submission di KDRM bermaksud melakukan pengikraran kastam secara elektronik dan tanpa memerlukan Borang Kastam (hardcopy). Walaubagaimanapun, ia tidak bermaksud tiada dokumen langsung kerana dokumendokumen sokongan seperti invois, permit, packing list dsb masih perlu dikemukakan sekiranya diminta oleh pegawai penaksir JKDM. Oleh itu, ia hanyalah bermaksud ‘Paper – less’.
Untuk melaksanakan electronic submission di JKDM, pengikraran kastam perlu dibuat secara elektronik ke Sistem Maklumat Kastam (SMK) melalui sistem DagangNet (seperti eDeclare). Bagi mana-mana pihak yang tidak subscribe dengan DagangNet, pengikraran kastam boleh dibuat di mana-mana tempat yang mempunyai kedai EDI atau DagangNet Facilitation Point (DFP).
Senarai kedai-kedai EDI dan DFP beserta alamat boleh didapati di URL berikut :
http://www.dagangnet.com/Dnt_files/kedaiEdi.htm
Pengikraran yang berjaya diikrar tanpa berstatus error, boleh dicetak di atas kertas A4 dan digunakan sebagai rujukan apabila dikuiri atau dipanggil oleh pihak JKDM. Pegawai JKDM tidak perlu menandatangani kertas A4 tersebut.
Pembayaran duti/cukai boleh dilakukan secara tunai, bank deraf atau Electronic Fund Transfer (EFT) bagi syarikat yang telah mendaftar sahaja. Oleh kerana tiada lagi hardcopy Borang Kastam, maka cetakan pembayaran duti atau tidak berduti tidak dilakukan di atas kertas A4 yang menggantikan Borang Kastam tersebut, tetapi satu dokumen baru iaitu Resit COR ( Customs Official Receipt ), akan dikeluarkan
oleh JKDM apabila proses meresit telah selesai. Resit COR boleh dipungut pada bila-bila masa oleh pihak yang berkenaan.
Kehadiran Pihak Agen/ Pengimport / Pengeksport diperlukan di pejabat JKDM apabila berlakunya perkara berikut :
- CUSDEC K1, K2 atau K9 berstatus Query /Block /Physical Examination (PE)
- Pembayaran duti/cukai
- Pelepasan dagangan
- Pengambilan resit COR
Berikut adalah tanggungjawab dan peranan Pihak Agen/ Pengimport / Pengeksport :
- Mengikrar CUSDEC secara betul dan berkualiti
- Menyemak status CUSDEC di front-end system jika ada status kuiri /PE /block
- Menyemak status CUSDEC jika ada status Approve (untuk tujuan pembayaran & pelepasan)
- Membuat pembayaran duti/cukai serta mengambil resit COR
Sehingga Mac 2009, berikut adalah status negeri-negeri JKDM yang telah melaksanakan electronic submission bagi pengikraran elektronik K1, K2 dan K9 :-
| BIL | NEGERI | STATUS PELAKSANAANELECTRONIC SUBMISSION |
| 1. | JOHOR | 24.04.2008 - Live K1 & K2 |
| 2. | MELAKA | 16.05.2008 - Live K1 & K2 |
| 3. | NEGERI SEMBILAN | 09.06.2008 -Live K1 & K2 17.11.2008 – Live K9 |
| 4. | PULAU PINANG | 15.04.2008 -Live K1 & K2 17.11.2008 – Live K9 |
| 5. | KEDAH | 02.05.2008 -Live K1 & K2 17.11.2008 – Live K9 |
| 6. | PERLIS | 15.05.2008 -Live K1 & K2 17.11.2008 – Live K9 |
| 7. | PERAK | 29.10.2008 -Live K1 & K2 29.10.2008 – Live K9 |
| 8. | PAHANG | 19.05.2008 -Live K1 & K2 17.11.2008 – Live K9 |
| 9. | TERENGGANU | 19.05.2008 -Live K1 & K2 17.11.2008 – Live K9 |
| 10. | KELANTAN | 19.05.2008 -Live K1 & K2 17.11.2008 – Live K9 |
| 11. | SABAH | 09.03.2009 -Live K1 & K2 09.03.2009 – Live K9 |
| 12. | SARAWAK | 09.03.2009 -Live K1 & K2 09.03.2009 – Live K9 |
| 13. | WP LABUAN | 09.03.2009 -Live K1 & K2 09.03.2009 – Live K9 |
| 14. | SELANGOR | 15.09.2008 – Pilot bagi 4 agen penghantaran sahaja 27.04.2009 – Pilot bagi 52 lagi agen penghantaran |
| 15. | WP KUALA LUMPUR | 30.03.2009 – Pilot bagi 3 stesen sahaja 23.04.09 – Pilot bagi 151 stesen & gudang selainnya |
| 16. | LAPANGANTERBANG ANTARABANGSA KLIA | tarikh akan ditetapkan kelak |
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|
Bahasa
Info Umum
Info Perhubungan
Tinjauan Web JKDM
Apakah maklumat yang sering anda layari pada laman web ini?
Alamat Ibu Pejabat
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 3, Persiaran Perdana
Presint 2,
62596 Putrajaya
Tel :03-8882 2100/2300/2500
| Pautan Kastam Negeri |



