Wednesday, September 08, 2010
   
Text Size

Profil Bahagian

There are no translations available.

BAHAGIAN KASTAM

PENDAHULUAN

Bahagian Kastam di Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia adalah diketuai oleh seorang Pengarah Kastam ( Gred VU7) yang dibantu oleh dua (2) orang Timbalan Pengarah Kastam (Gred 54) . Bahagian ini dibahagikan kepada dua (2) cawangan yang diselia oleh Timbalan Pengarah Kastam. Bahagian ini dianggotai oleh seramai empat puluh sembilan(49) orang anggota. Kedua-dua (2) Cawangan tersebut adalah seperti berikut:

1. Cawangan Fasilitasi Perdagangan/Perindustrian

  • Unit Pengurusan & Kawalan Penggudangan
  • Unit Pengurusan & Kawalan Kemudahan & Insentif
  • Unit Pengurusan Pelesenan Pangkalan Data
  • Pengurusan Dan Kawalan Zon Perindustrian Dan Zon Perdagangan Bebas
  • Unit Pengurusan Dan Kawalan Gudang Pengilangan Berlesen

2. Cawangan Import/Eksport dan Kawalan Sempadan:

  • Unit Pengurusan Dan Penguatkuasaan Import
  • Unit Pengurusan Dan Penguatkuasaan Eksport
  • Unit Pengurusan Dan Penguatkuasaan Kawalan Pulau Bebas Cukai/Kedai Bebas Cukai
  • Unit Pengurusan Dan Penguatkuasaan Penumpang
  • Unit Analisis Dan Dasar Percukaian
  • Unit Komitmen Antara Agensi

OBJEKTIF BAHAGIAN

  • Melaksanakan dasar-dasar mengenai perindustrian, import, eksport  dan kawalan sempadan yang ditetapkan oleh jabatan dan kerajaan.
  • Membangunkan prosedur perindustrian, import, eksport  dan kawalan sempadan selaras dengan dasar-dasar jabatan dan kerajaan.
  • Mengkaji semula dasar dan/atau prosidur berkenaan supaya prosidur kastam dipertingkatkan, dipermudahkan serta menjadi lebih telus.
  • Memberi kerjasama dan fasilitasi kepada agensi kerajaan yang lain.
  • Melaksanakan komitmen dan kerjasama antarabangsa dengan World Customs Organization (WCO), Association of Southeast Asian Nations (ASEAN), World Trade Organization (WTO) dan Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) serta ‘Free Trade Agreements’ dengan negara-negara lain.
  • Memberi panduan kepada anggota jabatan di barisan hadapan bagi melaksanakan  dasar dan prosedur perkastaman dengan cekap.
CARTA ORGANISASI BAHAGIAN KASTAM

HQ Address

Royal Malaysian Customs Headquarters
Ministry Of Finance Complex,
No. 3 Persiaran Perdana,
  Precinct 2, 62596 Putrajaya
Tel: 03-8882 2100/2300/2500

Operation Hours
Mon. - Fri. : 7.30am-5.30pm
Break : 1.00pm-2.00pm
Fri.  Break : 12.15pm-2.45pm
Sat, Sun & Pub. Holiday : Closed

Link

JKDM Webmail
Email Account Review System
States Customs Link