Accessibility Tools

ICT

SPICT Bil 2 2013- ​​Dasar ICT Jabatan Kastam Diraja Malaysia


SURAT PEKELILING ICT JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

BILANGAN 2 TAHUN 2013


 ​​DASAR ICT JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

​TUJUAN

Surat Pekeliling ICT ini bertujuan untuk menjelaskan Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan perkara-perkara berkaitan yang perlu dipatuhi dalam menggunakan aset ICT JKDM.

 

LATAR BELAKANG

2. Kerajaan telah mengeluarkan Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2000 -"Rangka Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kerajaan" pada 1 Oktober 2000. Pekeliling tersebut dirumus untuk memenuhi keperluan penguatkuasaan, kawalan dan langkah-langkah yang menyeluruh untuk melindungi aset ICT kerajaan. Semua agensi kerajaan, dipertanggungjawabkan untuk memastikan Rangka Dasar Keselamatan ICT Kerajaan di!aksana dan dipatuhi.

3. Selaras dengan pekeliling tersebut, Dasar ICT JKDM diwujudkan sebagai garis panduan kepada seluruh warga JKDM mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam melindungi aset ICT JKDM.

4. Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) JKDM Bil 1/2013 yang telah diadakan pada 11 April 2013 telah bersetuju untuk mengguna pakai dan menguatkuasakan peraturan-peraturan yang ditetapkan di dalam surat pekeliling ini.

 

DASAR ICT JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

5. Dasar ICT JKDM seperti di Lampiran adalah terpakai oleh semua pengguna di JKDM termasuk kakitangan, pembekal, pakar runding yang mengurus, menyenggara, memproses, mencapai, memuat turun, menyedia, memuat naik, berkongsi, menyimpan dan menggunakan aset ICT JKDM.

 

TANGGUNGJAWAB PENGGUNA

6. Semua pengguna JKDM adalah dikehendaki mematuhi Dasar ICT JKDM dan melaksanakan tanggungjawab yang ditetapkan di dalamnya.

 

PERANAN CAWANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT(CTM)

7. CTM bertanggungjawab dalam memastikan kepatuhan kepada Surat Pekeliling ICT ini di JKDM.

 

TARIKH KUATKUASA

8. Surat Pekeliling ICT ini adalah berkuat kuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.

 

PEMBATALAN

9. Dengan berkuat kuasanya Surat Pekeliling ICT ini, maka Dasar Keselamatan ICT yang diedarkan melalui surat rujukan KE.HK(-)646/04-1(1) bertarikh 25 Mei 2010 adalah dibatalkan.

 

Bil Tajuk Muat Turun
1. SPICT Bil 2 2013 Klik Sini

 

SPICT Bil 2 2010


SURAT PEKELILING ICT JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

BILANGAN 2 TAHUN 2010​


​ ​​
​​STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP)

BAGI PENGGUNAAN MEDIA RANGKAIAN SOSIAL

DI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA (JKDM)​

 

​​TUJUAN 

Surat Pekeliling ICT ini bertujuan untuk menerangkan garis panduan serta tatacara penggunaan media rangkaian sosial yang perlu dipatuhi oleh semua warga di Ibu Pejabat JKDM supaya penggunaannya tidak akan menjejaskan kepentingan perkhidmatan awam dan kedaulatan negara serta kawalan ke atas penyebaran maklumat dan dokumen terperingkat.

LATAR BELAKANG 

2.      Media rangkaian sosial adalah salah satu saluran komunikasi yang berkesan bagi tujuan berkomunikasi dengan lebih mudah serta untuk berkongsi pelbagai maklumat yang berkaitan. Contoh media rangkaian sosial yang semakin meluas penggunaannya ialah FacebookTwitter dan Myspace. 

3.       Sehubungan dengan itu Kerajaan telah memutuskan bahawa penggunaan media jaringan sosial di Sektor Awam tidak disekat, tetapi perlu dikawal penggunaannya melalui Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU : Penggunaan Media Jaringan Sosial Di Sektor Awam bertarikh 19 November 2009. Surat arahan tersebut telah menekankan perkara-perkara seperti berikut: 

3.1       Semua pengguna dikehendaki mematuhi Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam ( PKPA ) Bil. 1 Tahun 2003 Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-Agensi Kerajaan;

3.2      sebarang bentuk maklumat yang dikongsi dan disebarkan melalui media sosial tidak menjelaskan kepentingan perkhidmatan awam dan kedaulatan Negara; dan

3.3      tidak melibatkan penyebaran maklumat dan dokumen terperingkat.

4.     Selaras dengan surat arahan tersebut, mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT(JPICT) JKDM Bil.2/2010 bertarikh 24 Mei 2010 telah bersetuju untuk membenarkan penggunaan media rangkaian sosial di JKDM, Ibu Pejabat dengan menghadkan masa penggunaannya seperti yang dinyatakan di para 5 dalam SOP ini. 

MASA PENGGUNAAN

5.     Masa penggunaan untuk capaian kepada media rangkaian sosial adalah ditetapkan seperti berikut:

Hari

Waktu Rehat

Selepas Waktu Bekerja

Isnin hingga  Khamis

1.00 petang

hingga

2.00 petang

5.30 petang

hingga

7.30 pagi (keesokan hari)

Jumaat

12.15 petang

hingga

2.45 petang

 

TATACARA PENGGUNAAN MEDIA RANGKAIAN SOSIAL

6.               Tatacara seperti berikut mesti dipatuhi semasa menggunakan media rangkaian sosial:

6.1    Hak Akses Pengguna

Hak akses hendaklah dilihat sebagai satu kemudahan yang disediakan oleh Jabatan untuk membantu melicinkan pentadbiran atau memperbaiki    perkhidmatan yang disediakan. Pengguna harus mengambil maklum bahawa semua aset ICT di bawah kawalannya termasuk maklumat adalah hak milik Kerajaan.

6.2    Pengesahan Maklumat

         Bahan yang diperolehi dari media rangkaian sosial perlu ditentukan ketepatan dan kesahihannya.

6.3      Muat Naik Bahan

Bahan rasmi yang hendak dimuat naik ke media rangkaian sosial hendaklah disemak dan mendapat pengesahan daripada Ketua Bahagian/Cawangan sebelum dimuat naik.

6.4      Muat Turun Bahan

Tindakan memuat turun hanya dibenarkan ke atas bahan yang sah seperti perisian yang berdaftar dan di bawah hak cipta terpelihara. Sebarang bahan yang dimuat turun dari media rangkaian sosial hendaklah digunakan untuk tujuan yang dibenarkan oleh jabatan sahaja.

6.5      Perbincangan Awam

Perlu diingat bahawa setiap maklumat yang dikongsi melambangkan imej Kerajaan. Dengan sebab itu, setiap pengguna mestilah bertindak dengan bijaksana, jelas dan berupaya mengekalkan konsistensi dan keutuhan maklumat berkenaan.

7.    Pengguna adalah dilarang daripada melakukan sebarang aktiviti yang melanggar tatacara penggunaan media rangkaian sosial seperti berikut:

7.1      Memberi sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik;

7.2      menjatuhkan maruah, menyerang peribadi dan mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan ahli media rangkaian sosial yang lain;

7.3      membuat pautan dan kenyataan yang berunsurkan lucah;

7.4      membuat kenyataan atau memuat naik dokumen yang menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW'TRADEMARK', 'PATENT' dan lain-lain;

7.5      memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus Trojan Horseswormstime bombscancel boots atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi komputer pengguna sendiri atau pengguna yang lain;

7.6      mengguna dokumen yang telah dimuat turun untuk tujuan yang salah di sisi undang-undang; dan

7.7      memuat naik dan memuat turun fail bersaiz melebihi 2 megabait serta capaian kepada penggunaan streaming media (contoh: video) yang boleh menyebabkan kelembapan perkhidmatan dan operasi sistem rangkaian komputer.

8.    JKDM tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan dalam media rangkaian sosial ini.

9.    JKDM  dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan yang di buat di dalam media rangkaian sosial ini. Pengguna seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam media rangkaian sosial ini adalah ditanggung oleh pengguna itu sendiri.

TANGGUNGJAWAB PENGGUNA

10.    Setiap pengguna yang menggunakan rangkaian data Ibu Pejabat JKDM bagi tujuan mendapat akses kepada media rangkaian sosial ini dikehendaki mematuhi Tatacara Penggunaan Media Rangkaian Sosial seperti yang tersebut di atas.

PERANAN CAWANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT(CTM)

11.   CTM bertanggungjawab dalam memastikan kepatuhan kepada Surat Pekeliling ICT ini di JKDM. 

TARIKH KUATKUASA

12.   Surat Pekeliling ICT ini adalah berkuat kuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.

Bil Tajuk Muat Turun
1. S.O.P Bagi Penggunaan Media Rangkaian Sosial di JKDM Klik Sini

SPICT Bil 1 2013- ​​​Garis Panduan Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan Projek ICT JKDM


SURAT PEKELILING ICT JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

BILANGAN 1 TAHUN 2013


 

GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA MEMOHON KELULUSAN PROJEK ICT JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA (JKDM)

TUJUAN

Surat Pekeliling ICT ini bertujuan untuk memberi garis panduan kepada semua warga JKDM bagi tatacara memohon kelulusan projek teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Ini adalah selaras dengan langkah Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) JKDM dalam memperkukuhkan lagi tadbir urus projek ICT di JKDM.

LATAR BELAKANG​​​​

2.     Kerajaan telah mengeluarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2009 -"Garis Panduan Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan Teknikal Projek ICT Agensi Kerajaan" pada 30 April 2009. Surat Pekeliling tersebut adalah sebagai garis panduan kepada agensi-agensi Kerajaan untuk mendapatkan kelulusan dari segi teknikal bagi perolehan projek ICT daripada Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT) yang berurus setia di MAMPU.

3.     Selaras dengan surat pekeliling tersebut, Garis Panduan Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan Projek ICT JKDM ini disediakan sebagai rujukan untuk seluruh warga JKDM mengenai tatacara memohon kelulusan projek ICT bagi peringkat jabatan.

4.    JPICT JKDM merupakan sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menimbang dan meluluskan permohonan kelulusan teknikal projek ICT daripada bahagian-bahagian di Ibu Pejabat JKDM dan stesen-stesen JKDM bagi perolehan sistem, perkakasan, perisian dan rangkaian ICT.

5.     Permohonan projek ICT yang telah diluluskan melalui jawatankuasa ini seterusnya akan dikemukakan ke JPICT Kementerian Kewangan (MoF) dan Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT) yang bertempat di MAMPU berdasarkan had nilai yang telah ditetapkan.

KANDUNGAN GARIS PANDUAN

6.   Garis Panduan Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan Projek ICT JKDM menyediakan panduan dalam perkara-perkara berikut:

  1. Keahlian Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT);
  2. Skop projek ICT yang memerlukan kelulusan JPICT;
  3. Tatacara permohonan kelulusan JPICT;
  4. Kekerapan mesyuarat JPICT;
  5. Pelaporan kemajuan projek yang diluluskan oleh JPICT JKDM, JPICT MoF dan JTICT MAMPU; dan     
  6. Tempoh sah laku kelulusan JPICT.

TANGGUNGJAWAB BAHAGIAN/STESEN​​​

7.    Semua bahagian/stesen di bawah JKDM adalah dikehendaki mematuhi Garis Pa​nduan Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan Projek ICT JKDM.

TARIKH KUATKUASA

8.     Surat Pekeliling ICT ini adalah berkuat kuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.

MUAT TURUN

Bil Tajuk Muat Turun
1. SPICT Bil 1 2013 Klik Sini
2. 

Format Dan Contoh Slaid JPICT
a) Format Kertas Cadangan Bagi Permohonan Kelulusan Teknikal Projek ICT JPICT JKDM
b) Format Slaid Pembentangan Bagi Permohonan Kelulusan Teknikal Projek ICT JPICT JKDM


Klik Sini
Klik Sini

3. 

Format Dan Contoh Slaid JPICT Mof dan JTICT MAMPU
a) Format Kertas Cadangan Bagi Permohonan Kelulusan JPICT Mof dan JTICT MAMPU
b) Format Slaid Pembentangan Bagi Permohonan Kelulusan JPICT Mof dan JTICT MAMPU


Klik Sini
Klik Sini

 

SPICT BIL 1 2010 (Dibatalkan)


SURAT PEKELILING ICT JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA
BILANGAN 1 TAHUN 2010
DASAR ICT JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA


 

TUJUAN

Surat Pekeliling ICT ini bertujuan untuk menjelaskan Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi (lCT) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan perkara-perkara berkaitan yang perlu dipatuhi dalam menggunakan aset ICT JKDM.

LATAR BELAKANG

  1. Kerajaan telah mengeluarkan Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2000 -"Rangka Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kerajaan" pada 1 Oktober 2000. Pekeliling tersebut dirumus untuk memenuhi keperluan penguatkuasaan, kawalan dan langkah-Iangkah yang menyeluruh untuk melindungi aset ICT kerajaan. Semua agensi kerajaan, dipertanggungjawabkan untuk memastikan Rangka Dasar Keselamatan ICT Kerajaan di!aksana dan dipatuhi.
  2. Selaras dengan pekeliling tersebut, Dasar ICT JKDM diwujudkan sebagai garis panduan kepada seluruh warga JKDM mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam melindungi aset ICT JKDM.
  3. Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) JKDM Bil 1/2010 yang telah diadakan pada 22 Februari 2010 telah bersetuju untuk mengguna pakai dan menguatkuasakan peraturan-peraturan yang ditetapkan di dalam surat pekeliling ini.

DASAR ICT JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

    Dasar ICT JKDM seperti di Lampiran adalah terpakai oleh semua pengguna di JKDM termasuk kakitangan, pembekal, pakar runding yang mengurus, menyenggara, memproses, mencapai, memuat turun, menyedia, memuat naik, berkongsi, menyimpan dan menggunakan aset ICT JKDM.

TANGGUNGJAWAB PENGGUNA

    Semua pengguna JKDM adalah dikehendaki mematuhi Dasar ICT JKDM dan melaksanakan tanggungjawab yang ditetapkan di dalamnya.

PERANAN CAWANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT(CTM)

    CTM bertanggungjawab dalam memastikan kepatuhan kepada Surat Pekeliling ICT ini di JKDM.

TARIKH KUATKUASA

    Surat Pekeliling ICT ini adalah berkuat kuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.

PEMBATALAN

    Dengan berkuat kuasanya Surat Pekeliling ICT ini, maka Dasar Keselamatan ICT yang diedarkan melalui surat rujukan KE.HK (-)421/10(36) bertarikh 11 Januari 2007 adalah dibatalkan.

Klik disini untuk melihat Dasar ICT JKDM