Alat Kebolehcapaian

Duti Import dan Cukai Jualan

(Segala maklumat yang terkandung dalam halaman ini adalah tertakluk kepada peraturan yang sedang berkuat kuasa.)

1. Mesin, peralatan dan alat ganti.

Sedang dalam tindakan kemaskini.

2. Bahan Mentah, Komponen, Aksesori dan Bahan Pembungkusan

2.1 Bahan mentah, komponen, aksesori dan bahan pembungkusan yang digunakan secara langsung dalam aktiviti pengilangan layak mendapat pengecualian duti import. Manakala cukai jualan adalah tidak dikenakan. Permohonan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Kastam Negeri / Pengarah Bahagian Perkastaman.

2.2 Bahan mentah, komponen, aksesori dan bahan pembungkusan boleh juga dibeli dari Gudang Berlesen, Zon Bebas dan Gudang Pengilangan Berlesen lain.

3. Alat Kelengkapan Lain Untuk Aktiviti Pengilangan.

3.1 Peralatan cleanroom dan alat bantu pengilangan (manufacturing aids) untuk kegunaan secara langsung dalam pengilangan boleh dipertimbangkan untuk pengecualian duti import dan tidak dikenakan cukai jualan. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Kastam Negeri / Pengarah Bahagian Perkastaman.

4. Pelepasan Import

4.1 Pengimportan mesin, peralatan, bahan mentah, komponen, aksesori serta bahan pembungkusan hendaklah diikrar di dalam Sistem Maklumat Kastam (SMK), SMK akan membuat validasi secara otomatik berdasarkan nombor lesen GPB dan nombor pendaftaran syarikat. Bagi menuntut pengecualian duti import, kod jenis transaksi (transaction type) L (LMW Import) hendaklah digunakan.

4.2 Pengecualian duti import boleh dituntut di bawah butiran 55, Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017. Manakala cukai jualan adalah tidak dikenakan berdasarkan peruntukan Seksyen 57(a)(i) Akta Cukai Jualan 2018. Jenis transaksi yang digunakan adalah X (exemption) untuk pengecualian duti import dan OE (other) untuk pengecualian cukai jualan.

4.3 Sekiranya pengimportan barang tersebut tertakluk kepada Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017, syarat-syarat yang ditetapkan hendaklah dipatuhi.