(Segala maklumat yang terkandung dalam halaman ini adalah tertakluk kepada peraturan yang sedang berkuat kuasa.)
Gudang Pengilangan Berlesen (GPB) adalah syarikat yang dilesenkan di bawah Seksyen 65A Akta Kastam 1967 untuk menjalankan proses pengilangan dan aktiviti-aktiviti lain yang dibenarkan berorientasikan eksport. Aktiviti pengilangan dalam pelesenan ini hendaklah menepati tafsiran pengilangan sebagaimana peruntukan di bawah seksyen 2(1) Akta Kastam 1967.
Selain dilesenkan untuk menjalankan aktivit pengilangan, syarikat GPB juga dibenarkan menjalankan aktiviti nilai tambah tertakluk kepada pematuhan ke atas kriteria dan syarat-syarat yang ditetapkan.




